Rabu, 14 Februari 2018 | 1:36pm
TIKET untuk acara pembukaan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 diedarkan dengan cetakan tarikh yang salah.

Tarikh tiket Sukan Komanwel silap cetak

SYDNEY: Tiket untuk acara pembukaan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 diedarkan dengan cetakan tarikh yang salah, kesilapan yang membuatkan penganjur mengakui ia sesuatu mengaibkan.

Sebahagian 14,000 tiket untuk acara berkenaan dicetak dengan tarikh Khamis, 4 April, sedangkan 4 April - tarikh acara berkenaan jatuh pada hari Rabu.

"Saya kecewa apabila Ticketek (penyedia tiket) memaklumkan kepada kami yang mereka melakukan kesilapan berkenaan," kata ketua temasya, Mark Peters kepada wartawan semalam.

"Proses penyediaan tiket berjalan lancar dan ini antara kesilapan yang tidak siapa jangka."

Menurutnya tidak ada rancangan untuk mencetak semula.

"Ia akan diperbetulkan mudah, kami akan memaklumkan kepada semua yang tiket ini boleh digunakan," katanya.

Gold Coast Bulletin turut melaporkan beberapa kesilapan lain hari ini.

Antaranya, tiket-tiket angkat berat, ping pong dan triathlon diedarkan dengan cetakan waktu yang silap.

Temasya membabitkan negara-negara Komanwel itu akan berlangsung di Gold Coast dari 4 hingga 15 April. - AFP

1933 dibaca
Berita Harian X