Ahad, 12 November 2017 | 10:59pm
PELUMBA pasukan Repsol Honda, Marc Marquez puas meraikan kejayaan juara dunia kali keempat saingan MotoGP dalam tempoh lima tahun selepas pencabar terdekatnya, Andrea Dovizioso terbabit dengan kemalangan pada perlumbaan terakhir musim ini. - Foto EPA-EFE

Marquez julang gelaran dunia keempat MotoGP

VALENCIA, Sepanyol: Pelumba Honda, Marc Marquez merekodkan gelaran juara dunia keempat saingan MotoGP dalam tempoh lima tahun selepas pencabar terdekatnya, Andrea Dovizioso terbabit dengan kemalangan pada perlumbaan terakhir musim ini di Grand Prix (GP) Valancia, sebentar tadi.

Pelumba berusia 24 tahun dari Sepanyol itu yang bermula di petak hadapan dengan kelebihan 21 mata manamatkan saingan di tempat ketiga dan menjadi pelumba termuda merekodkan gelaran juara dunia sebanyak empat kali dalam kategori MotoGP.

Rakan sepasukannya, Dani Pedrosa menjuarai perlumbaan berkenaan dengan pelumba Perancis, Johan Zarco dari Tech3 Yamaha menamatkan saingan di tempat kedua.

Harapan Ducati untuk menafikan kejuaraan Marquez berkecai apabila Jorge Lorenzo dan selepas itu Dovizioso terbabit dengan kemalangan susulan aksi agresif yang ditunjukkan mereka sepanjang perlumbaan berlangsung.

Marquez menamatkan saingan musim ini dengan keseluruhan 298 mata manakala Dovizioso naib juara dengan 261 mata. - Reuters

_______________________________________________________________

MOTOGP

Keputusan GP Valencia
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 46:08.125

2. Johann Zarco (Perancis) Yamaha 46:08.462

3. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 46:18.986

4. Alex Rins (Sepanyol) Suzuki 46:21.692

5. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 46:21.942

6. Andrea Iannone (Itali) Suzuki 46:22.641

7. Jack Miller (Australia) Honda 46:25.212

8. Cal Crutchlow (Britain) Honda 46:25.355

9. Michele Pirro (Itali) Ducati 46:34.067

10. Tito Rabat (Sepanyol) Honda 46:35.145

590 dibaca
Berita Harian X