Isnin, 13 November 2017 | 2:01am
PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel mengucup trofi kejuaraan selepas menjuarai GP Brazil, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Vettel dominasi GP Brazil

SAO PAULO: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Brazil, sebentar tadi manakala Lewis Hamilton bangkit selepas bermula petak belakang untuk menamatkan saingan di tempat keempat buat Mercedes.

Hamilton yang mengesahkan gelaran juara dunia keempatnya di Mexico, dua minggu lalu bermula di petak belakang selepas terbabit dengan kemalangan ketika aksi ujian kelayakan tetapi berjaya memimpin perlumbaan selepas 31 daripada 71 pusingan apabila pemandu lain melakukan hentian pit.

Pemandu Britain itu berjaya berada di kelompok sembilan terbaik selepas 10 pusingan dengan kenderaan keselamatan memasuki litar susulan pelanggaran yang berlaku pada awal pusingan.

Valtteri Bottas yang bermula di petak hadapan buat Mercedes menyaksikan harapannya untuk mengatasi Vettel bagi memburu gelaran naib juara keseluruhan musnah apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. - Reuters

_________________________________________________________________

FORMULA SATU

Keputusan GP Brazil
_________________________________________________________________

1. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 1:31:26.260

2. Valtteri Bottas (Finland) Mercedes +00:02.762

3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 00:04.600

4. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 00:05.468

5. Max Verstappen (Belanda) Red Bull - TAG Heuer 00:32.940

6. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 00:48.691

7. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 01:08.882

8. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren 01:09.363

9. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 01:09.500

10. Nico Huelkenberg (Jerman) Renault 1 pusingan

11. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Renault 1 pusingan

12. Pierre Gasly (Perancis) Toro Rosso - Renault 1 pusingan

13. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1 pusingan

14. Pascal Wehrlein (Jerman) Sauber - Ferrari 1 pusingan

15. Romain Grosjean (Perancis) Haas - Ferrari 2 pusingan

654 dibaca
Berita Harian X