Selasa, 14 November 2017 | 10:57am
PRINSIPAL pasukan MotoGP, Livio Suppo (kanan) tidak lagi bersama pasukan Honda.

MotoGP: Suppo tinggalkan Honda

LONDON: Honda mengumumkan peletakan jawatan prinsipal pasukan MotoGP, Livio Suppo semalam, sehari selepas penunggang Sepanyol Marc Marquez mengesahkan gelaran dunia keempat di Valencia.Suppo, 53, yang juga warga Itali menyertai pasukan MotoGP Repsol Honda daripada Ducati pada 2010 dan mengambil alih tugas selaku prinsipal pada 2013.

Menurutnya, beliau memerlukan perubahan dan membuat keputusan meninggalkan sukan permotoran elit itu sekalipun kontraknya masih berbaki setahun.

"Selepas 22 musim dalam dunia perlumbaan motosikal, saya berasakan inilah masanya untuk saya mencari cabaran yang baharu," kata Suppo dalam kenyataan dikeluarkan Honda.

"Saya meninggalkan HRC (Honda Racing Corporation) dengan mengetahui mereka kompetitif bagi musim 2018 kerana Marc dan Dani (Pedrosa) amat hebat dan jurutera akan sentiasa menyediakan pakej terbaik untuk mereka bersaing merebut kejuaraan sekali lagi.

"Suppo membantu Honda menjulang lima gelaran MotoGP bermula dengan kejayaan pelumba Australia, Casey Stoner pada 2011.Stoner juga menjuarai gelaran dunia bersama Ducati pada 2007 ketika Suppo masih bersama pasukan itu. - Reuters

452 dibaca
Berita Harian X