Sabtu, 14 April 2018 | 8:08pm
PELUMBA F4 Malaysia, Isyraf Danish (kanan) azam untuk menamatkan baki tiga perlumbaan esok di pentas podium. - Foto BERNAMA

Isyraf mahu bangkit, buru podium

SEPANG: Pemandu muda negara di Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA), Isyraf Danish Mohd Ghazali berazam untuk menamatkan baki tiga perlumbaan esok di pentas podium.

Isyraf yang muncul pemandu tempatan terbaik pada Perlumbaan 2 dan 3 hari ini berkata, dia masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya di tiga saingan awal di mana masing-masing berada di tangga ketujuh, keempat dan keenam.

"Pada Perlumbaan 1 Jumaat lalu, keputusan tidak begitu baik kerana berada di tangga ketujuh. Selepas itu, saya berada di tangga keempat dan kali ini keenam," katanya.

Perlumbaan 3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlangsung dalam keadaan trek separa basah dan Isyraf mengakui bergelut dengan pemilihan tayar.

"Nasib kurang baik kerana menggunakan tayar kering dalam keadaan trek yang basah. Selepas beberapa pusingan terakhir, baru saya merasai cengkaman.

"Jujurnya, saya masih tidak berpuas hati (dengan keputusan sebelum ini) dan untuk tiga perlumbaan esok, saya harus memberi tumpuan sepenuhnya," katanya yang memulakan saingan dari petak ketiga itu.

"Saya berharap dapat meraih penamat di podium untuk ketiga-tiga perlumbaan esok dan berada di kelompok depan.

"Sekiranya cuaca mengizinkan dan keadaan trek OK, saya rasa, saya boleh melakukannya," kata pemandu berusia 17 tahun itu.

___________________________________________

KEPUTUSAN

Perlumbaan 2 F4 SEA

1. Danial Cao (CHN) 20:04.950s

2. Presley Martono (INA) 20:13.540s

3. Alessandro Ghiretti (FRA) 20:15.058s

4. Isyraf Danish (MAS) 20:15.295s

5. Kane Shepherd (THA) 20:15.525s

6. Luke Thompson (IRL) 20:22.683s

7. Muizz Musyaffa (MAS) 20:22.918s

8. Hibiki Taira (JPN) 20:23.310s

9. Armand Johany (MAS) 20:28.841s

10. Timoty Yeo (MAS) 20:29.062s

11. Arsh Johany (MAS) 20:32.330s

.... DNS. Nazim Azman (MAS)

___________________________________________

PERLUMBAAN 3 F4 SEA

1. Kane Shepherd (THA) 22:05.610s

2. Alessandro Ghiretti (FRA) 22:07.974s

3. Presley Martono (INA) 22:34.049s

4. Danial Cao (CHN) 22:38.118s

5. Luke Thompson (IRL) 22:38.242s

6. Isyraf Danish (MAS) 22:45.883s

7. Hibiki Taira (JPN) 22:45.904s

8. Timoty Yeo (MAS) 22:55.180s

9. Nazim Azman (MAS)22:55.253s

10. Armand Johany (MAS) 23:04.791s

11. Muizz Musyaffa (MAS) 23:27.240s

12. Arsh Johany (MAS) 23:40.444s

 

190 dibaca
Berita Harian X