Sabtu, 14 April 2018 | 10:17pm
ANTARA peserta yang menyertai kategori F4 SEA, Malaysia Championship Series Round 2 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Hujan rancakkan perlumbaan MCS

SEPANG: Pemandu pasukan FR Racing, Fikri Rahim mendominasi perlumbaan Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) yang berlangsung dalam trek basah di Litar Antarabangsa Sepang SIC) sekali gus meraih kemenangan pertamanya dalam saingan ini.

Bermula dari petak kelima, Fikri melengkapkan 18 pusingan perlumbaan dengan catatan 1 jam 1 minit daan 7.216 saat manakala Keifly Othman/Pee Sau Fan (The Doctor Mayhem Racing) kedua dalam kelas Touring Production.

Tempat ketiga bagi kelas berkenaan diraih Akid Azlee dari pasukan Tedco Racing dengan catatan 1:01:20.435s.

"Kami membuat pelarasan untuk keadaan trek basah dan dapat menjangkakan yang hujan akan membawa kelebihan kepada kami," kata Fikri yang menggunakan pengalamannya dalam saingan go kart sebelum ini.

"Keadaan trek yang basah sesuai dengan corak pemanduan saya dan saya menggunakan sepenuhnya skill go kart dimiliki untuk mencipta kelajuan di laluan lurus."

Kenny Lee dari pasukan Kegani Racing yang memandu Suzuki Swift mengungguli kelas Malaysia Touring Car (MTC) dengan catatan 1:01:07.472s.

Brendan Paul/CY Ong yang memandu Proton Satria Neo kedua dengan 1:01:32.343s manakala Nick Mah/Brendon Lim (Tedco Racing) ketiga, 1:01:52.516s.

Dalam kelas S Production 1, Chong Chow/Tham Yik Choon dari pasukan R Engineering menamatkan saingan selaku pemenang dengan catatan 1:01:43.087s manakala rakan sepasukan yang beraksi dalam kelas S Production 2, Abdul Kaathir meraih kemenangan dengan catatan, 1:01:28.170s.

147 dibaca
Berita Harian X