;
Selasa, 22 Ogos 2017 | 4:28pm
KHAIRUL Hafiz Jantan ketika aksi acara separuh akhir 100 meter lelaki Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Azit Razali

The Speedy Jantan mara ke final 100m

KUALA LUMPUR: Khairul Hafiz Jantan melangkah ke final acara 100 meter lelaki Sukan SEA edisi 2017 dengan catatan masa terpantas dalam saringan separuh akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Pelari pecut berusia 19 tahun itu mencatat masa 10.34 saat selepas mudah memenangi saringan 2 manakala juara bertahan, Eric Cray dari Filipina menang saringan 1 dengan selesa hasil catatan 10.58s.

Jonathan Nyepa turut mengiringi Khairul dalam final 100m malam ini selepas menduduki tempat ketiga dengan catatan 10.65s.

Sementara itu, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Siti Fatima Mohamad pula mara ke final 100 meter wanita.

Husniah mencatat masa 11.61s ketika pelari Vietnam, Le Tu Chinh memenangi saringan separuh akhir dengan masa terpantas 11.49s manakala Fatima mencatat 11.80s.

4659 dibaca
Berita Harian X