;
Selasa, 22 Ogos 2017 | 10:08pm

Khairul Hafiz sebaris legenda


KHAIRUL Hafiz Jantan berjaya meraih pingat emas dalam acara 100M lelaki akhir sempena SUKAN SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Khairul Hafiz Jantan menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA apabila memenangi perlumbaan riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Atlet 19 tahun itu mencatat 10.38 saat, di depan pemenang emas Singapura 2015 dari Filipina, Eric Cray (10.43s) manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun (10.43) di tempat ketiga.


KHAIRUL Hafiz Jantan berjaya meninggalkan pelari dari Filipina, Eric Cray diikuti pelari Thailand, Kritsada Nasuwun di tempat ketiga.. - Foto Aizuddin Saad

Khairul meletakkan namanya sebaris dengan pemenang emas negara dalam acara tumpuan itu, termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (1965), G Rajalingam (1967) dan Nazmizan Muhammad (2003).

Pingat emas itu adalah emas kedua dari sukan olahraga hari ini, selepas Irfan Shamshuddin memenangi acara lempar cakera.


KHAIRUL Hafiz Jantan berjaya meraih pingat emas dalam acara 100M lelaki akhir sempena SUKAN SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil. - Foto Aizuddin Saad


KHAIRUL Hafiz Jantan berjaya meninggalkan pelari dari Filipina, Eric Cray diikuti pelari Thailand, Kritsada Nasuwun di tempat ketiga.. - Foto Aizuddin Saad

6083 dibaca
Berita Harian X