Isnin, 11 September 2017 | 11:52am
SERENA Williams tekad kembali ke aksi kompetitif Januari ini dalam usaha pertahan Terbuka Australia. - Foto AFP

Serena mahu kembali kompetitif tahun depan

NEW YORK: Serena Williams menjangkakan akan kembali ke aksi kompetitif pada Januari ini dalam usahanya mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia.

Bagaimanapun kemampuan bintang Amerika Syarikat itu untuk kekal dengan aksi terbaik di peringkat tertinggi mungkin jadi persoalan ketika dia baharu saja melahirkan anak.

Williams yang melahirkan anak perempuan, 1 September lalu akan cuba menyiapkan diri untuk beraksi buat kali pertama di pentas Grand Slam di Melbourne yang dijangka berlangsung 15 Januari.

Ketika ditanya adakah tempoh itu sesuai untuk melakukan kemunculan semula, juara Terbuka Amerika Syarikat tiga kali, Kim Clijsters nyata ragu ketika beliau turut berehat dua tahun selepas melahirkan anak.

"Bagi saya, ia tidak berlaku ketika melahirkan Jada," kata pemain Belgium itu. "Segalanya tidak menentu. Jika kamu sasarkan untuk kembali, ia mungkin berlaku.

"Ia bergantung bagaimana proses kelahiran itu. Bagaimana reaksi badan kerana setiap orang pasti berbeza mengikut situasi." - AFP

195 dibaca
Berita Harian X