Ahad, 11 March 2018 | 2:20pm
SOON Huat (kiri) dan Shevon akan berentap di final Terbuka Jerman. -Foto fail

Soon Huat-Shevon mara ke final

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengekalkan rentak kemenangan apabila mara ke final pada Kejohanan Badminton Terbuka Jerman, awal pagi tadi.  

Gandingan itu menewaskan pilihan kelapan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Chae Yoo Jung dalam pertarungan sengit 23-21, 23-25, 21-13 selama sejam 18 minit pada separuh akhir.

Menanti mereka untuk final hari ini adalah Nichlas Nohr-Sara Thygesen dari Denmark yang menyingkirkan pasangan China, He Jiting-Du Yue 21-19,19-21,21-17, menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Namun nasib tidak menyebelahi beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong apabila mereka disingkirkan pilihan keenam kejohanan dari Jepun, Takuto Inoue-Yuki Taneko 17-21, 21-18, 19-21 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Takuto-Yuki akan bertemu beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang menewaskan rakan sepasukan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 22-20, 22-20. - BERNAMA

 

 

891 dibaca
Berita Harian X