Rabu, 20 September 2017 | 1:03pm
SERI KEMBANGAN 09 SEPTEMBER 2017. Rekaan Sarah Ndaiga dari Kenya pada pertunjukan fesyen World Fashion di Palace Of The Golden Horses. NSTP/ROHANIS SHUKRI.ROHANIS SHUKRI
KAONE bersama model yang memperagakan rekaannya pada WFW yang lalu.
PENGGUNAAN warna terang digabungkan dalam rekaan kontemporari. - Foto Rohanis Shukri
PENGGUNAAN warna terang digabungkan dalam rekaan kontemporari. - Foto Rohanis Shukri
PENGGUNAAN warna terang digabungkan dalam rekaan kontemporari. - Foto Rohanis Shukri

Pesona busana pereka Afrika

REKAAN unik, permainan warna dan pemilihan fabrik berupaya mengubah suatu persalinan biasa kepada luar biasa.

Ia berjaya dilaksanakan oleh pereka dari Botswana, Kenya dan Malawi, Afrika pada pertunjukan fesyen dari Afrika, pada Minggu Fesyen Dunia (WFW) bertema global, 'Love The Nature, Love The World, di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bijak mengadun warna terang dengan harmoni dan gabungan fabrik, German Print dihasilkan memberi kekuatan rekaan luar biasa pada potongan dan perincian pakaian.

Pereka muda dari Botswana, Afrika, Kaone Gosego Moremong, berkata fabrik tempatan menjadi kegemaran dalam kebanyakan pereka dari Afrika berikutan ia tidak panas sungguhpun ia agak tebal.


SERI KEMBANGAN 09 SEPTEMBER 2017. Rekaan Kaone Gosego Moremong dari Botswana pada pertunjukan fesyen World Fashion di Palace Of The Golden Horses. NSTP/ROHANIS SHUKRI.ROHANIS SHUKRI

Katanya, sebanyak 10 koleksi busana yang dipanggil 'Village Girl From Bobonong' dipaparkan dengan olahan warna terang dan fabrik berkualiti tinggi.

"Saya sukakan fabrik ini. Sifatnya yang agak berat, menjadikan potongan bertingkat dan kembang payung menjadikan ia lebih sempurna," katanya selepas pertunjukan fesyen slot khusus Afrika WFW, baru-baru ini

Mengenai inspirasi Village Girl From Bobonong atau Gadis Dari Perkampungan Bobonong, Kaone, berkata gadis kampung itu sebenarnya merujuk pada beliau yang ceria dan sukakan cabaran.

Baharu dua tahun menjadi pereka fesyen, beliau menampilkan warna biru dan kelabu yang cantik digandingkan bersama potongan feminin seperti potongan kemban.


SERI KEMBANGAN 09 SEPTEMBER 2017. Rekaan Sarah Ndaiga dari Kenya pada pertunjukan fesyen World Fashion di Palace Of The Golden Horses. NSTP/ROHANIS SHUKRI.ROHANIS SHUKRI

Warna dan potongan itu sangat menepati selera dalam kebanyakan wanita Afrika dalam bergaya.

"Busana ini mewakili diri dan kehidupan di perkampungan saya ," katanya.

Ilham pereka Lilly Alfonso dari Malawi menampilkan gaun senteng dengan perincian lipatan di dada dan lengan.

Gemarkan kombinasi warna seperti oren dengan merah dan biru dengan ungu barangkali itu luahan beliau terhadap paksi rekaan ditampilkan iaitu bergaya, hebat dan mewah.

Lily pereka berpengalaman sudah menyertai beberapa pertunjukan fesyen di Paris, Barcelona dan London.

Pereka dari Kenya, Sarah Ndaiga menampilkan merah dan biru untuk busana untuk malam dan minum petang.

Rekaan moden dan kontemporari diserlahkan pada skirt potongan kembang dan kain jaring.

223 dibaca
Berita Harian X