Sabtu, 18 November 2017 | 1:02pm
PEREKA wanita, Melinda Looi (tengah) bersama koleksi pakaiannya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
ANTARA koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
ANTARA koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
ANTARA koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
ANTARA koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
ANTARA koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
ANTARA koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

20 koleksi mewah, eksklusif sentuhan Melinda Looi

KUALA LUMPUR: Dekorasi dan ruang kediaman, diangkat sebagai inspirasi koleksi pakaian sedia pakai oleh pereka wanita, Melinda Looi, dikenali sebagai 'The Interiors'.

Katanya, idea itu diterjemahkan menerusi potongan longgar dan berlapis selain motif abstrak sebagai tunjang rekaan.

Perincian pada bahagian tertentu seperti leher dan lengan menambahkan gaya mewah dalam persalinan berkenaan.

"Paling ketara koleksi ini ialah fabriknya.

"Saya menggunakan teknik cetak digital, bagi menghasilkan corak lebih kemas dan menarik, manakala potongan longgar dan tidak keterlaluan, menjadi kegemaran bagi kebanyakan wanita dalam segmen pakaian sedia pakai," katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian pada majlis minum petang dan pertunjukan fesyen, diadakan di Galeri Jualan Rumah, Astoria Ampang, di sini.

Acara turut dimanfaat Looi untuk menampilkan Koleksi Percutian yang dinamakan Minum petang di Shanghai.

Sebanyak 20 koleksi sedia pakai ditampilkan untuk kedua-dua koleksi berkenaan.

Menariknya mengenai pertunjukan fesyen yang diadakan di galeri rumah, itu ialah ia diadakan selama empat hari berturut-turut bermula Jumaat lalu.

Kerjasama jenama lain

Looi, Graduan La Salle School of Fashion di Kanada, pernah menyertai kumpulan produksi pentas di Malaysia dan produksi televisyen juga filem di Kanada.

Selain menebarkan minatnya dalam mereka kostum, beliau giat bekerjasama dengan pemuzik.

Dalam dunia seni, beliau terbabit dengan kerja rekaan pentas.

Antara produk Melinda Looi ialah Melinda Looi Couture, Melinda Looi Pret-a-Porter, MELL, MELL BASICS dan emel by Melinda Looi yang hasilkan mengikut segmen pelanggannya seperti pakaian tempah, ranggi atau pakaian sopan.

Selama lebih 20 tahun menjadi pereka fesyen, beliau turut aktif menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan perniagaan lain seperti Levi's, Swarovski, TUMI dan sebagainya.

Dalami hiasan dalaman

Selain menampilkan pertunjukan fesyen daripada Melinda Looi, acara petang itu turut dihidangkan dengan pameran jenis rumah ditawarkan Astoria Ampang, produk perapi diri mewah, La Mer dan produk perkakasan rumah oleh Visionary.

Kata Looi, menambah eksklusif koleksi The Interiors itu ialah corak abstraknya adalah karya lukisan beliau sendiri.

Mengenai cetusan idea menampilkan The Interiors, beliau berkata ia sebenarnya sebagai memberi petanda awal kepada orang ramai mengenai cabang perniagaan baharu, yang akan diterokainya dalam masa terdekat ialah hiasan dalaman.

"Saya kini berjinak-jinak dalam dunia rekaan dalaman. Pada pandangan saya untuk terus kekal dan industri, kita tidak boleh hanya bergantung kepada rekaan fesyen.

"Sebaliknya perlu berani mencuba sesuatu yang baharu kepada saya iaitu hiasan dalaman. Sukar menjangkakan apa yang bakal berlaku, tetapi saya berharap buah tangan saya ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai," katanya.

Looi turut diberi tanggungjawab menghias ruang acara hari itu, dengan sofa dan permaidani ilham beliau sendiri.

"Saya sukakan keceriaan ruang, sebab itulah apa yang anda lihat pada sarung sofa dan bantal hiasannya sangat ceria," katanya.

Info :

Koleksi Melinda Looi

* Melinda Looi Couture

* Melinda Looi Pret-a-Porter

* Mell

* MEll Basics

* emel by Melinda Looi

210 dibaca
Berita Harian X