Selasa, 2 Januari 2018 | 3:18pm

Rekaan ringkas koleksi musim sejuk, sentuhan klasik

Gaya fesyen jalanan kota metropolitan menjadi tarikan kepada koleksi pakaian musim sejuk, sekali gus mengetengahkan rekaan ringkas yang mencirikan sentuhan klasik. Ini menjadikan koleksi pakaian bermusimnya itu memenuhi keperluan fesyen terkini, menerusi setiap rekaan yang menggambarkan kehidupan moden di kota yang memiliki akses perjalanan luas.

Kombinasi aksesorinya sesuai dengan fungsi untuk dipadankan dengan pilihan jaket pelbagai gaya. Misalnya, rekaan dan material digunakan dalam koleksi musim sejuk pasti membuatkan anda terus diulit rasa hangat dan selesa sepanjang hari.

Itu keunikan jenama Universal Traveller yang mengutamakan ciri rekaan praktikal untuk musim sejuk. Di sebalik rekaan yang tampak ringkas, tetapi ia cukup menghangatkan terutama daripada koleksi Down Jacket bagi lelaki dan wanita.

Menggunakan material kalis udara dan air, koleksi Down Jacket ini cukup selesa digayakan, selain mempunyai hud yang dilapisi bulu sintetik serta boleh ditanggalkan bagi mencipta kelainan gaya.

Tidak ketinggalan, jaket fleece lembut bertali pinggang memberikan gaya feminin untuk si gadis, kemas dan trendy.

Pelengkap gaya untuk lelaki pula, rekaan musim sejuk ini dengan jaket parka klasik direka dengan hud berbulu bersaiz besar yang juga boleh ditanggalkan.

Tanpa mengetepikan ciri feminin si gadis, rekaan jaket pendek menyerlahkan gaya, dengan rekaan itu dihasilkan menggunakan material yang memanaskan tubuh, membuatkan pemakainya selesa, bergaya dan tampil mengikut fesyen terkini.

Menariknya, semua jaket berkenaan dilengkapi dua poket tersembunyi di bahagian dalam untuk menyimpan barang berharga.

Menambah ciri keselamatan, terdapat poket dilengkapi zip supaya barangan kecil tidak tercicir. Kini Universal Traveller menawarkan promosi menarik sempena musim percutian dan jualan penghabisan dengan diskaun menarik.

Untuk menikmati suasana beli-belah yang menyeronokkan, bolehlah berkunjung ke cawangan Universal Traveller berkonsep baharu di tingkat lima Pavillion, Kuala Lumpur.

Selain itu, Universal Traveller mengetengahkan pilihan berbaloi termasuk koleksi Nature-Countryside yang diilhamkan khusus untuk dipakai pada musim sejuk. Tidak sekadar itu, koleksi pakaian ini tetap mementingkan gaya kasual dan penampilan harian.

Rekaan bergaya musim sejuk ini memberikan penampilan kemas untuk pemakaian harian. Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di www.universaltraveller.com.

164 dibaca
Berita Harian X