Khamis, 11 Oktober 2018 | 10:41am
Dr Nurul Ain Norman (kiri), Dr Azuraida Shahadan, Deja Moss dan Datin Rabiatuladawiah Arshad pada majlis perlancaran buku Alhamdulillah, Hamil! di Publika KL. - Foto Rohanis Shukri

Buku panduan hamil kongsi panduan bakal ibu sambut bayi

KUALA LUMPUR: Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat yang akan mewarnai perjalanan kehidupan berumah tangga, sekali gus mewujudkan keluarga sempurna serta bahagia sehingga ke anak cucu.

Sehubungan itu, setiap individu perlu mendalami ilmu membentuk keluarga bahagia, termasuk tahu peranan, tanggungjawab, proses kehamilan dan penjagaan anak.

Justeru, penulis buku, Dr Azuraida Shahadan menerbitkan buku berkaitan persediaan menimang cahaya mata bertajuk Alhamdulillah, Hamil! menghimpunkan pelbagai maklumat berkaitan untuk rujukan mereka.

Dr Azuraida berkata, buku setebal 146 muka surat itu ditulis dalam bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami, bertujuan memberi maklumat sebagai persiapan menimang cahaya mata.

Katanya, buku itu terbahagi kepada lapan bab, iaitu pemakanan semasa hamil; persoalan semasa hamil; fasa kehamilan; saat manis di bilik bersalin; kelahiran; berpantang; mitos dan realiti; pilihan nama bayi; catatan dan peringatan serta diari dan coretan kehamilan.

Beri keyakinan kepada ibu

“Pembaca boleh mendapatkan maklumat secara menyeluruh bermula dari awal kehamilan sehingga kelahiran, selain ada senarai nama anak lelaki dan perempuan.

“Saya memahami perasaan ibu yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan situasi, terutama ketika dalam proses kehamilan dan berpantang,” katanya pada majlis pelancaran buku berkenaan di sini, baru-baru ini.


Dr Nurul Ain Norman (kiri), Dr Azuraida Shahadan, Deja Moss dan Datin Rabiatuladawiah Arshad pada majlis perlancaran buku Alhamdulillah, Hamil! di Publika KL. - Foto Rohanis Shukri

Yang turut hadir, penyunting buku, Datin Rabiatuladawiyah Arshad; penilai buku, Dr Nurul Ain Norman dan penyanyi, Deja Moss.

Dr Azuraida berkata, panduan dan maklumat dimuatkan dalam buku itu bukan sahaja menambah pengetahuan, tetapi turut memberi keyakinan kepada ibu menjawab persoalan yang sering menjadi kepercayaan masyarakat setempat.

“Antara topik menarik yang dikupas adalah bahagian dua yang membincangkan mengenai fesyen wanita hamil dan riadah, yang sesuai selain panduan diet dan cara tidur.

“Bab lima dalam buku itu fokus kepada realiti dan mitos mengenai berpantang, seperti kepercayaan tradisional mengenai teknik berpantang,” katanya.

Buku yang digarap dengan baik menggunakan bahasa mudah dan tidak terlalu teknikal, menyelitkan gambar berkaitan dengan perkara dikupas.

Derma lima peratus hasil jualan buku

Katanya, setiap lima peratus daripada hasil jualan itu akan diagihkan kepada Pertubuhan Kembara Amal Ventures (Kave) untuk tujuan amal.

“Ramai wanita hamil sering dibelenggu dengan pelbagai persoalan kesihatan sepanjang kehamilan, namun kerap menerima

“Bagaimanapun, ia bukan bertujuan menggantikan nasihat golongan profesional, sebaliknya sebagai landasan perkongsian ilmu dan pengetahuan tambahan untuk ibu malahan juga bapa,” katanya.

290 dibaca
Berita Harian X