Ahad, 5 November 2017 | 9:33am
KETUA Pegawai Operasi Kumpulan GINTELL, Simon Hue (bawah enam kanan) bergambar bersama peserta pertandingan Miss Cosmo World 2017 di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

GINTELL meriahkan Miss Cosmo World 2017

PUTRAJAYA: Pembekal produk penjagaan kesihatan terkemuka, GINTELL dilantik sebagai produk penjagaan kesihatan rasmi bagi pertandingan ratu cantik, Miss Cosmo World 2017.

Jurucakap GINTELL Malaysia berkata Miss Cosmo World 2017 disertai pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Chile, China, India, Argentina, Kazakhstan, Indonesia, Jerman, Russia dan Korea.

Katanya, 32 finalis pertandingan anjuran CL Skin Sdn Bhd itu, mempromosikan produk GINTELL dan menyertai sesi interaktif bersama pengacara di IOI City Mall di sini, hari ini.

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar dan beramah mesra dengan mereka.

Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan GINTELL, Simon Hue mengumumkan anugerah gelaran 'Miss Perfect Body' kepada peserta dari Rusia, Svetlana Sheyko yang menerima wang tunai RM1,000.

Selain itu, semua finalis pertandingan itu menerima bantal ajaib GINTELL bernilai RM398.

GINTELL turut memperkenalkan Hi5 Rental Plan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menikmati urutan kelas pertama kerusi urut mewah GINTELL di rumah tanpa had kredit dan sebarang faedah.


PENERIMA anugerah gelaran 'Miss Perfect Body', Svetlana Sheyko. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Hi5 Rental Plan ini membuka peluang kepada mereka yang ingin memiliki kerusi urut impian di rumah menerusi skim pembayaran mudah dan fleksibel dengan matlamat memperkasa semua lapisan masyarakat menjalani gaya hidup sihat.

Ia dirangka untuk memperbetulkan tanggapan ramai hanya golongan berpendapatan tinggi yang mampu membeli kerusi urut.

Jenama itu mahu setiap keluarga tanpa mengira latar belakang kewangan memiliki kerusi urut istimewa ini agar dapat menikmati kesihatan yang baik.

Pelan berkenaan membabitkan pembayaran ansuran selama 36 bulan hanya dengan lima langkah mudah dan lima ganjaran menarik termasuk hadiah percuma, jaminan tiga tahun, tiada had kredit, tanpa sebarang faedah kad kredit serta pelan naik taraf fleksibel.

Buat masa ini, pelan itu hanya boleh dinikmati untuk penyewaan kerusi urut dan sofa urut terpilih.

Pelanggan pelan sewa juga boleh mendapat hadiah percuma seperti pelanggan lain, namun mereka hanya menikmati jaminan 1 + 1 iaitu dua tahun jaminan.

GINTELL diiktiraf Malaysia Book of Records pada 2015 sebagai Rantaian Kedai Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar dengan lebih 100 pusat pameran.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web GINTELL, www.gintell.com atau hubungi talian khidmat pelanggan GINTELL di 1800886332 atau 0362779333.

137 dibaca
Berita Harian X