Jumaat, 30 March 2018 | 4:43pm
PELAKON dan pengacara TV, Dynas Mokhtar menunjukkan aplikasi Program Kesetiaan Pelanggan CARiNG. - Foto Sairien Nafis

Beli-belah hanya di hujung jari

KUALA LUMPUR: Semuanya di hujung jari tanpa perlu pergi ke rangkaian Farmasi CARiNG, kini pengguna boleh membeli-belah pelbagai produk di premis itu dengan menggunakan perkhidmatan aplikasi mudah alih, Program Kesetiaan Pelanggan CARiNG.

Masih mengekalkan konsep perniagaan konvensional iaitu pengurusan pengalaman pelanggan (CEM), Program Kesetiaan Pelanggan CARiNG ini memberi banyak kelebihan kepada pengguna, iaitu pendaftaran keahlian seumur hidup dan dianugerahkan 200 mata bonus untuk menebus baucar tunai CARiNG.

Pengarah Urusan Kumpulan CARiNG Pharmacy Bhd, Chong Yeow Siang, berkata pengguna hari ini terutama wanita enggan melepaskan telefon pintar mereka walaupun seketika ketika berada di rumah.

"Kami mengambil kesempatan itu memperkenalkan Program Kesetiaan Pelanggan CARiNG, iaitu mereka tidak perlu beratur panjang membawa kad untuk membeli barangan yang diingini.

"Hanya menekan aplikasi Farmasi CARiNG di telefon pintar masing-masing, mereka boleh membeli-belah dalam talian dengan mudah," katanya ketika melancarkan kad keahlian digital yang dibangunkan Capillary Tech di sini, hari ini.

Hadir sama pelakon dan pengacara TV, Dynas Mokhtar, Penyampai Radio 988 dan Pengacara 8TV, Cheryl Lee Xin Yi.

Chong berkata, kad keahlian digital ini bukan sahaja bagi tujuan pembelian semata-mata, sebaliknya boleh mengakses perkembangan berita terkini mengenai kesihatan dan pemakanan.

"Begitu juga berita pameran bergerak, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah dan bengkel kesihatan turut dipaparkan di skrin, HOME bagi menggantikan buletin yang bercetak.

"Secara tidak langsung kami menyokong program Hijau dan mengurangkan penggunaan kertas," katanya.

212 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »