Khamis, 30 November 2017 | 11:58am
TIMBALAN Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Haslina Abdul Hamid (tengah) menyaksikan Marketing Director, Home and Personal care, Unilever (Malaysia) Holding Sdn Bhd, Vicent Chong (kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records selepas melancarkan Sunsilk hijab recharge presents the biggest shampoo bottle replica di Giant Hypermarket, Shah Alam. - Foto Syarafiq Abd Samad

Simbolik inspirasi wanita berhijab

SHAH ALAM: Replika botol gergasi syampu Sunsilk Hijab Recharge diiktiraf replika botol syampu terbesar oleh Malaysia Book of Records dengan ketinggian 12.25 meter dan lebar 9.66 meter.

Replika dipamerkan secara rasmi di Pasar Raya Besar Giant, Shah Alam itu sebagai inisiatif Sunsilk memberi inspirasi wanita berhijab mengejar impian mereka.

Pengarah Pemasaran Penjagaan Peribadi dan Rumah Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Vincent Chong, berkata Sunsilk komited memperkasa dan menyuntik keyakinan dalam diri wanita muda berhijab dengan menjadi teman penjagaan rambut yang boleh dipercayai.

Katanya, apabila wanita berhijab ini selesa dengan penjagaan rambut masing-masing, tidak mustahil mereka boleh merealisasikan impian tanpa sebarang halangan.

Menerusi penggunaan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman yang terdapat dalam syampu itu akan membebaskan aroma wangian dan memberi kesegaran sehingga 48 jam.

"Justeru, pencapaian ini menjadi mercu kejayaan bagi Sunsilk, bukan hanya sekadar menawarkan produk penjagaan rambut inovatif, tetapi memenuhi misi jenama untuk wanita muda berhijab bercita-cita besar dan berusaha mencapainya," katanya ketika pelancaran Sunsilk Hijab Recharge, baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Haslina Abdul Hamid.

Pada pelancaran itu, Sunsilk memberi peluang kepada wanita memenangi percutian ke Korea bersama seorang rakan dengan muat naik gambar swafoto di hadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Besar Giant, Shah Alam, yang 27 Disember depan.

171 dibaca
Berita Harian X