Isnin, 11 Disember 2017 | 8:32am
BUNGA sakura. - Foto AFP

Bunga sakura agen antipenuaan

KUALA LUMPUR: Kecantikan dimiliki wanita Jepun sering berkait rapat dengan penggunaan bunga sakura yang turut dikenali sebagai bunga kebanggaan penduduk negara itu.

Kajian Persatuan Industri Kosmetik Jepun (JCIA), baru-baru ini menyimpulkan ekstrak bunga Sakura sangat efektif untuk membantu mengembalikan kecantikan, kesempurnaan kulit dan mengurangkan tanda penuaan.

Kajian itu turut menunjukkan kemampuan bunga Sakura untuk mencegah pembentukan melanin setara dengan kemampuan vitamin C sudah lama terkenal sebagai ejen peluntur baik memberikan kesan kecerahan pada kulit.

Pengasas bersama Syarikat Legacy Secret Sdn Bhd, Norhana Syuhada Muhammad Yusuf berkata, bunga sakura memiliki kandungan zat melatonin, antioksidan dan anti-radang menjadikan ekstrak itu sangat baik bila dijadikan produk perawatan kulit.

"Jadi, tidak hairan bunga menjadi kebanggaan negara matahari terbit kini banyak digunakan sebagai bahan asas kepada rangkaian penjagaan kulit seperti bedak, krim pemutih wajah, losyen dan mandian dipasarkan di kebanyakan negara termasuk Asia serta Eropah.


PENGASAS bersama Syarikat Legacy Secret Sdn Bhd, Norhana Syuhada Muhammad Yusuf.

"Khasiat bunga itu juga dapat mencegah pembentukan melanin di dalam kulit dengan cara menghalang kerja pembentukan zat itu dan membuat kulit tampak lebih cerah.

"Hasilnya, kulit menjadi lebih tegang, lembap dan berseri. Jadi, tidak hairan kalau kulit wanita Jepun terlihat awet muda walau sudah memasuki usia tua," katanya di sini.

Kata Norhana Syuhada, antioksidan dalam bunga sakura membantu merawat masalah kulit wajah manakala kandungan isoflavin menjauhkan enzim tirosinase dan protein untuk menghasilkan pigmen melanin kulit.

Katanya, bagi individu memiliki kulit sensitif dan sering berdepan dengan keradangan penggunaan ekstrak bunga Sakura boleh membantu mengurangkan masalah itu.

"Kandungan minyak jojoba oil yang terdapat dalam bunga itu juga mampu menyingkirkan sel kulit mati, mengembalikan rona kulit putih dan berseri.

"Kandungan bunga Sakura sudah terbukti mengandung bahan anti radang baik untuk melegakan masalah itu.

"Bunga sakura banyak memiliki manfaat bagi kecantikan. Beberapa di antaranya untuk mencerahkan dan menyangkal radikal bebas," katanya.

776 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »