Jumaat, 16 March 2018 | 10:28am
NOREDAWATI menunjukkan rawatan gelas kaca yang mampu melancarkan

Urutan gelas kaca

KUALA LUMPUR: Prihatin terhadap masalah stres yang sering dialami golongan hawa memberi idea usahawan wanita menyediakan urutan menggunakan gelas kaca sebagai antara terapi melegakan tubuh.

Perunding Kecantikan dan Kecergasan, Noredawati Zulkifli, berkata rawatan gelas kaca bermula di bahagian wajah, kepala dan belakang badan bagi membantu mengurangkan tekanan dialami wanita, terutama yang bekerja.

"Urutan dilakukan secara membulat dengan menekan bahagian bermasalah menggunakan gelas kaca.

"Teknik ini jika diamalkan setiap minggu boleh membantu meruncingkan wajah, melegakan sakit kepala dan lenguh badan," katanya.

Beliau berkata, setiap kali individu mengalami stres, tubuh menghasilkan hormon adrenalin dan cortison menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat.


NOREDAWATI menunjukkan rawatan gelas kaca yang mampu melancarkan

Justeru, mereka perlu mencari alternatif untuk melegakannya dengan pelbagai cara, antara yang dicadangkan ialah menggunakan teknik urutan.

Perkhidmatan spa bergerak

Katanya, beliau mencipta terapi dengan kaedah mengurut menggunakan gelas kaca bagi melegakan urat di bahagian belakang badan, membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar wajah dan kepala.

Beliau yang menyediakan perkhidmatan spa bergerak sejak enam tahun lalu berkata, ramai pelanggan wanita yang berusia antara 23 hingga 28 tahun sudah mendapatkan terapi itu bagi mengurangkan tekanan atas faktor tertentu.

"Perkhidmatan ini bukan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya membantu wanita mengurangkan tekanan menerusi teknik urutan dan terapi gelas kaca ini dengan pakej bayaran harga rendah," katanya.

"Niat saya untuk membantu wanita tampil cergas dan bebas daripada tekanan dengan cara ini. Sekurang-kurangnya, kita ada terapi yang membantu wanita melegakan tekanan secara santai.


NOREDAWATI menunjukkan rawatan gelas kaca yang mampu melancarkan

"Saya juga tidak kisah berkongsi pengalaman dan mendengar masalah dialami wanita sepanjang menjalankan terapi ini," katanya menjelaskan rawatan itu adalah inspirasi dari Korea yang popular dengan terapi berkenaan.

Beliau berkata, kebanyakan wanita hidup dalam tekanan berbanding zaman dahulu kerana ramai wanita kini keluar bekerja membantu untuk menambah pendapatan suami.

Redakan tekanan emosi

Tekanan dan kemurungan dalam kalangan wanita dilihat lebih serius berlaku berbanding lelaki kerana golongan ini lebih beremosi dan peranan wanita itu sendiri menyebabkan mereka terdedah dengan tekanan.

"Ada yang stres disebabkan masalah rumah tangga dan tekanan di tempat kerja dan pra menapous. Wanita menerima kesan kemurungan dan tekanan dalam fasa tertentu, iaitu pada tahap kanak-kanak, remaja, dewasa, berpantang sehingga peringkat menopaus," katanya.

Justeru, beliau melihat terapi urutan menggunakan gelas kaca membantu meredakan tekanan emosi dan melegakan tubuh daripada ketegangan.

661 dibaca
Berita Harian X