Sabtu, 7 April 2018 | 12:47pm
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. - Foto hiasan

Tomato tingkat keanjalan kulit

KAJIAN saintifik sekumpulan ahli dermatologi di United Kingdom membuktikan tomato memberikan nutrisi asas kepada kesihatan kulit selain membantu melindunginya daripada pancaran terik matahari.

Pigmen merah pada kulit tomato mengandungi likopena yang menawarkan khasiat antioksida semula jadi membantu meningkatkan keanjalannya.

Menyedari pentingnya khasiat yang terkandung di dalamnya, pemilik pusat dandanan diri, DS Pesona Beauty, Datin Nur Samsidar Mohd Zain, likopena dalam tomato berkesan sebagai bahan antioksida melindungi badan.

Khasiat tomato juga katanya, dijadikan ramuan asas untuk mengurangkan masalah jerawat selain mengecilkan liang roma.

"Kandungan tomato diperkaya beta-karotin, vitamin A dan C serta asid folik berupaya mengekalkan keanjalan dan melambatkan proses penuaan.

"Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan," katanya.

Nur Samsidar yang juga pengasas produk penjagaan kulit Voqq Skincare, berkata elemen penyejuk dalam tomato melembutkan tekstur kulit yang kasar.

"Astringen terkandung dalam tomato menghapuskan minyak berlebihan. Kandungan vitamin A dan pula membantu mencerahkan kulit yang kusam.

"Sebagai pengusaha spa, saya berpeluang membuat penyelidikan mengenai produk yang sesuai dengan kulit pelanggan. Berdasarkan daripada maklum balas itu, saya menghasilkan produk sendiri," katanya.

INFO
Tomato membantu mengurangkan masalah jerawat

  • Menyejukkan kulit dan menyerap minyak pada wajah
  • Tomato membantu mengurang bintik hitam pada wajah
  • Mengecilkan liang pori kulit wajah.
  • Mengatasi kulit kering dan membuatkan kulit cerah sekata.
  • Jus tomato membantu menurunkan berat badan.
  • Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur ju stomato pada rambut
1268 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »