Khamis, 4 Oktober 2018 | 2:54pm
TAMPIL jelita dengan solekan bedak asas sempurna daripada pilihan warna berbeza
PILIHAN bedak asas berbeza.

10 pilihan warna bedak asas

MEKAP yang sempurna adalah hasil daripada bedak asas yang bagus sekali gus membuatkan penampilan wanita kelihatan lebih segar sepanjang hari.

Untuk tampil sempurna dan jelita tanpa cela seperti lingkaran hitam bawah mata dan pelbagai masalah lain.

Penggunaan bedak asas umpamanya, antara kaedah untuk memastikan wanita tampil menarik.

Warna bedak asas mengikut tona wajah penting.

Justeru, rangkaian produk kosmetik di bawah jenama dUCk Cosmetics memperkenalkan rangkaian produk terbaharu dikenali All Covered Make-Up Foundation.

Didatangkan dengan enam warna sesuai untuk kulit wajah wanita Asia, bedak asas dUCk yang dihasilkan khusus untuk kulit berminyak kerana ia kaya dengan vitamin C dan E untuk melindungi kulit wajah dari sinaran matahari serta kedutan , malah tiada paraben.

Teksturnya seperti mousse supaya senang melekat pada kulit. Uniknya, apabila dicalit pada wajah, ia mudah serata yang dapat memberikan keyakinan.

Enam tona warna itu meliputi, iaitu Macadamia untuk kulit putih cerah kekuningan, coklat cerah nuetral (almond) dan coklat nuetral (cashew).

Selain itu, untuk kulit coklat sawo matang (pecan), coklat gelap (walnut) manakala coklat gelap keemasan yang mana ia meliputi setiap tona warna kulit wanita Asia (chestnut).

Bedak asas All Covered Make-Up Foundation berharga RM115, boleh diperoleh di gedung beli belah, di FashionValet dan platform dalam talian.

608 dibaca
Berita Harian X